Friday, November 26, 2010

Bubur caca

Resepi bubur caca yang sedap lagi lemak berkrim:
Bahan2nya :

1 cawan caca
1/2 cawan sagu
1 cawan santan
1 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
2 cawan air masak
2 biji keledek ( dipotong kiub )

Cara2 masakan :
Mula2 rendam sagu dgn air lebih krang setengah jam..selepas itu panaskan air kat dalam periuk n masukkan caca. lebih kurang dlm 15 minit masukkan sagu dalam periuk tersebut.tunggu sampai semua kembang..Apabila semua bahan td da kembang masukkn keledek dlm periuk.keledek agak emuk masuk gula n garam..Gaul sampai sebati..pastu masukkan santan..pastikan api kecik saja.n terus kacau sampai mendidih..jgn berhenti kacau takut nti pecah santan lak,,,da x comel rupanya....selepas mendidih boleh matikan api tp still terus mengacau seketika..pastu boleh hidang utk minum petang...selamat mencuba..

Cabaran hidup

Percaya tak dalam hidup kita ni penuh dengan cabaran? Buka mata selepas tido cabaran pun akan tiba..Kadang-kadang mcm tak larat nak tanggung..tp kerana kita perlu teruskan hidup kita demi insan amat dicintai kita teruskan sahaja segala2nya.
Cabaran masa bercinta dan selepas berkahwin tak sama...Bukanlah bermaksud indah masa bercinta tapi bila da kahwin segalanya berubah..Actually benda tue depend on how you organise ur family...
Kita cerita ms bercinta yer....( dr pengalaman sendiri & kawan2 )

Bercinta:

Semuanya indah masa mula2 perhubungan itu terjalin..i sayang u n u sayang i..x nampak kekurangan dalam pasangan masing2..tp kalau kita jenis particular tentang sesuatu kita akan cepat tersedar melihat perangai pasangan kita tue..Dulu aku pun pernah tertipu dgn namanya A..mengaku bujang n still available tp hakikatnya da bertunang..mujurlah aku cepat tahu..itupun secara x sengaja aku mengetahuinya..

Ader sahabat aku seorg ni baru nak blaja bercinta tp akhirnya kecundang di tengah2 jalan kerana owg ketiga..Masa si lelaki ni nak kawan aku segala cara digunakan utk memiliki hati suci ini...tp bila dtg satu minah ni entah dari planet mana suka dgn mamat ni secara diam2 segalanya berubah sekelip mata...yg peliknya alasan lelaki tu,,saya nak seseorg yg boleh bimbing saya menjadi seorg Islam yg baik.aku faham kerana dia mualaf baru..tp xkan nak pompuan bimbing dia...ustaz kat Malaysia ni ramai...satu lagi cukup ker ilmu pompuan tue ader utk bimbing dia sampai sanggup ketepikan kasih sayang sahabatku ni..

Yelah sahabat aku ni x lah pakai tudung tp so far aku tak pernah tgk dia tinggalkan solat 5 waktu tu..pakai tudung mmg wajib tp Allah yg akan tentukan segala kebaikan dan keburukan umatnya..Kenapa si lelaki suka hati nak judge org...Pasal minah dari planet entah la...dulu sopan jer owg jer n segalanya ok lah coz dia pakai tudung..tp lately da berubah..dr jubah ke skinny jeans yg pakai baju nampak nasi lemak 50sen dia..kalau diikut akal kita la..siapa yg perlu dibimbing?

Tapi x perlah mungkin itu bukan jodoh sahabatku..Aku berdoa padaMu Ya Allah permudahkan lah jodoh sahabatku ini krn dia seorg yang baik..Kumbang bukan seekor..Byk laki kat luar sana yg lebih bagus..

Bab kawin kita jumpa di post baru........

Sunday, November 21, 2010

Esok keje

Huhuhu mcm x best jer nak keje besok coz mood nak cuti melebihi segala2nya...My hubby n baby already sleep...now my turn to shut down pc...n see u all later...bye n good night..Malaysia time right now 9:52pm

Perangai org

Salam semua.
Pelik lah aku tgk perangai org2 skrg...Pernah tak dengar ttg pemakaian tudung..dulu org pakai tudung sebab nak tutup aurat,,,tp sekarang tudung tu dah mcm fesyen jer...niat nak tutup aurat tu x der pun kat hati diaowg...bukan nak mengutuk tapi sekadar nak korg berfikir sajer.. Tgk anak muda skrg ramai yg pakai tudung tp cara mereka kebanyakkan salah...apa sebenar niat mereka memakai tudung biarlah Allah SWT yg tentukan segala bg mereka...

Satu lagi, ramai gak pompuan yg pakai tudung tp buat keje yang tak senonoh...kononnya bila pakai tudung owg anggap dia baik kot padahal perangai mengalahkan owg yg x bertudung..Pernah sekali saya dan kwn satu pejabat having lunch together..tgh2 sedap memyuap nasi saya ternampak one girl ni isap rokok..saya x kisahlah kalau pompuan tu bangsa lain..suka hati dia lah nak isap rokok..tp yg ini soheh2 islam n siap pakai tudung lg..Giler malu aku ketika n saat itu kerana terdengar sok sek dr bangsa lain mengutuk...huhuhu dah la tpt mkn tu panas..pas tgk pompuan bangsa kita isap rokok lagi panas..nak tegur boleh jer tp aku malaslah nak masuk campur..aku just pandang dia n jeling mata jer..

Cuba anda fikir mana akidah anak2 kita? Akan disambung di post baru

Cintaku

Assalammualaikum,


           Banyak perkara yang aku pernah hadapi dan lalui..x pernah ku sangka aku akan berada di tahap ini...Pernah dulu org mengatakan aku tidak akan berjaya coz aku hanya suka ikut orang sahaja...Tapi segala2 mula berubah apabila aku diterima menyambungkan pelajaran di sebuah matrikulasi di utara..Di situ aku menjadi diri sendiri dan pandai berdikari...Syukur alhamdulillah kerana itulah aku menjadi seorg yg kuat dan sentiasa inginkan kejayaan di dunia mahupun di akhirat..


        Semua itu cerita 7 tahun yang lepas..Kini aku bahagia disamping suami dan anakku..Tak kusangka aku dah berkahwin dgn seseorg yg tak pernah terlintas dihati ini untuk bersama dengan dia..Segalanya bermula selepas segala kekecewaan melanda diri ini...Ucapan salam pembuka bicara, bertukar nombor telefon merapatkan hubungan kami berdua...Sapa sangka owg yang ramai yg x suka menjadi suamiku..


      Pengalaman hidup slama ini byk mengajar aku jd yg terbaik dan pendorong utama aku kini adalah suami dan anakku..Bak kata owg tua nak suami n anak2 sayang kita sentiasa perlu bermula dari perut mereka..So apalagi, aku kenelah pandai masak demi keluarga bahagia